Monday, 25 May 2020

Resepi Choco Flood Eggless Brownies

Assalamualaikum/Hi ,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin pembaca blogger ikhlas daripada Fah .
Sekejap saja masa berlalu apabila Bulan Ramadhan meninggalkan kita dengan keadaan di bumi yang di timpa ujian wabak covid19 semoga di permudakan urusan kita dan melimpah rezeki kita pada tahun ni . Ameen ~

Okay , kembali pada resepi kita nak share hari ni , sebenar resepi ni daripada youtuber masakkan " Buat Orang Lapo " korang boleh tekan link ni ( 
https://www.youtube.com/channel/UCdwV3w30mxpgm-M39JBxslA )

Resepi dia memang agak senang dan mudah di faham , memang kegemaraan orang ramai . Jadi Fah memilih salah satu resepi daripada nya iaitu Eggless Brownies sebab Mak Fah kadang-kadang tak suka makanan ada telur lebih-lebih lagi pencuci mulut jadi Fah memilih resepi tersebut . 

Kenapa nama nya Choco Flood ? biasa nya kita akan nampak brownies atas permukaan nya berhias kan dengan coklat syrup piping dan kekacang dan sebagai nya , tapi Fah ikut style sendiri tuangkan coklat topping di atas brownies lebih kurang kek coklat biasa la .

Sebenarnya , Fah dah banyak kali buat kek ni memang takda apa-apa masalah rasa nya memang sedap dan lembut .








NOTIS : Panaskan oven terlebih dahulu .

Nampak kan ? Bila di curah kan topping di atas nya nampak lebih sedap ~

Jadi , mari ke resepi nya .

✿ Choco Flood Eggless Brownies ✿

Bahan-bahan :
  • 1 Cawan Tepung Gandum * diayak *
  • 1/2 Cawan Serbuk Koko * diayak *
  • 1 Sb Tepung Jagung * diayak *
  • 1/2 St Garam
  • 3/4 Cawan Gula Pasir
  • 1/4 Cawan Minyak Masak
  • 1 Cawan Susu Cair 

Cara-cara :
  1. Masukkan bahan-bahan diayak tadi gaul sebati , masukkan bahan lain dan gaul sehingga sebati .
  2. Tuangkan adunan nya ke dalam loyang beralaskan baking paper sekiranya tiada baking paper boleh di gantikan oleskan majerin .
  3. Bakar selama 25-30 minit dengan suhu 160'c atau mengikut oven masing-masing .

Untuk style Fah sejukkan terlebih dahulu brownies baru kita letak topping nya , resepi topping nya di bawah ni .
  • Setengah Coklat Masakkan
  • 1/4 Cawan Susu Cair 

Double boiler kedua-dua bahan ni sehingga cair atau korang boleh di adjust sendiri mengikut citarasa korang ya . Dan curahkan atas permukaan brownies itu , hiasa pula ikut citarasa korang .


CERITA EXTRA

Fah saja buat video ala-ala tiktok itu . Hahaha ~




Selamat mencuba ~

Sunday, 26 April 2020

Resepi KEK OREN

Assalamualaikum/Hi ,

Alhamdulilah , bulan ramadhan sudah tiba hari ini masuk ke hari ke-4 dan bersyukur walaupun keadaan PKP ini , jangan risau sama-sama kita doa kan agar di permudahkan urusan kita tak kira di mana atau dengan siapa . Yang penting kita kena redha saja .

Biasa nya bila kita setkan menu untuk berbuka puasa ini mesti ada makanan sampingan kan ? tapi itulah di sebabkan bazar takda kita buat apa yang ada saja . Kebetulan fah ada bahan-bahan lebihan dari situ dapat lah idea nak buat kek oren ini .

Sebenarnya resepi nya takda beza sama macam kek mentega juga cuma esen vanilla itu ganti kan dengan parutan dan perahan buah oren . Dengar pun dah sedap kan ?? AIPPP !! kuatkan iman itu tak usah di bayangkan lagi . Hahaha ~

Pagi ini fah dah buat texture dia memang lembut dan oren sangat HEY !! PUASA LAH rasa guna jari dan hidung saja don't overthink ya HAHAHA ~
hasilan nya di bawah gambar ini . 



Look so gorgeous kan ???  tunggu apa lagi jom buat .



NOTIS : 1. Panaskan oven terlebih dahulu .

2. Perahan dan parutan oren boleh di adjust mengikut citarasa sendiri .



✿ KEK OREN



Bahan-bahan :


  • 1 Cawan Buttercup/majerin
  • 1 Cawan Gula Castor
  • 1 1/2 Cawan Tepung Gandum * diayak *
  • 1/2 St Baking Powder * diayak *
  • 4 Biji Telur
  • 3 1/2 Sb Perahan Jus Oren
  • 3 Sb Parutan kulit oren
  • Sedikit Pewarna Oren * kalau korang takda warna oren boleh pakai warna kuning telur *

Cara-cara :

1. 
 Pukul Buttercup/majerin dengan gula sehingga kembang .* Mixer/senduk kayu * .


2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati .


3. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak tadi gaul sebati .


4. Masukkan perahan dan parutan oren  dan masukkan pewarna sedikit gaul rata .

5. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 160'c selama 40 minit atau bergantung pada oven masing-masing .



Selamat mencuba ~ 



Thursday, 19 March 2020

Resepi BISKUT OATMEAL

Assalamualaikum/Hi ,

Okay hari ini fah kongsi resepi biskut oatmeal di sebab kan bahan serba ada dalam rumah ni , so memang tak ada masalah nak buat . Maklum lah sejak covid19 wujud dan kita semua kena kuarantin . So kita mula kan ~



Yang gambar pertama  begitu bentuk adunan nya ikut citarasa korang kalau nak guna biskut terap / sudu teh kecil / pengorek buah / ais krim scoop pun boleh asal kan ada bentuk okayy ~

Gambar yang bawah pula dalam proses bakar biskut nya akan mengembang so bergantung pada saiz biskut korang buat pasti kan jarak nya okay .






 Ini hasil dia nampak sedap kan ?? texture nya crispy  jangan risau resepi ni memang sesuai untuk orang yang baru nak belajar sebab memang mudah dan senang nak faham . Mari kita pergi ke resepi nya .


✿ BISKUT OATMEAL 



Bahan-bahan :
  •  1 Cawan Buttercup/Majerin
  •  1 Cawan Gula Perang
  •  1/3 Cawan Gula Halus
  •  1 Biji Telur
  •  1 Sudu Teh Esen Vanilla
  •  2 Cawan Tepung Gandum * Diayak *
  •  1 Sudu Teh Baking Powder * Diayak *
  • 1/2 Sudu Teh Garam Halus * Diayak *
  •  3 Cawan Instant Oatmeal




Cara- cara :

 

1. Dalam mangkuk besar, satukan butter, gula perang dan gula halus , pukul hingga sebati , boleh guna hand mixer/senduk kayu/pemukul telur .

2. 
Masukkan telur dan esen vanilla. Gaul hingga rata .

3. Dan masukkan kesemua bahan yang perlu diayak tadi  , Gaulkan perlahan-lahan .

4. Masukkan oatmeal dan gaul hingga rata . Dan tutup dengan wrap plastik dan masukkan ke dalam peti ais selama 1 jam untuk jadi kan texture biskut itu rangup setelah di bakar . 

5. Panaskan Oven sambil itu terap biskut mengikut citarasa kauorang . 
Jarakkan antara setiap biskut kerana ia akan mengembang . Oleskan buttercup atau majerin sekiranya pan kauorang jenis melekat .


6. Masukkan loyang tersebut ke dalam oven suhu 160 bergantung pada jenis oven kauorang dan bakar selama 15-20 minit. Kalau suka biskut yang lembut dan lembab, bakar 15 minit sahaja. Jika Anda suka biskut yang rangup , bakar 20 minit .

CERITA EXTRA

Fah dah buat kali kedua , kali ini memang agak kelakar sebab sejak PKP bertambah kali ini di dalam rumah ada anak saudara perempuan , jadi kita layan ler ~



Memang agak mencabar apabila seorang dewasa dan seorang lagi budak kecil yang nak buat sama-sama . kadang-kadang hati ini memang kena banyak bersabar , mulut budak kecil suka bertanya/bercakap berulang kali dan suka mencuba benda yang baru jadi kita tak boleh nak halang kan .
Kata nya yang bentuk-bentuk biskut yang besar kedabak itu dia punya kira nya air tangan dia sendiri . Jadi tak boleh sentuh dan makan . Hahaha ~
lepas dah buat itu fah dan dia pun berpuas hati fah dapat sebalang dan dia pun dapat sebalang .


Selamat Mencuba ~



Monday, 27 January 2020

Pejam Celik

Assalamualaikum/Hello ,

Apa khabar pembaca blogger !! alhamdulilah ~ agak lama juga la tak update maklum ler makin berumur ni makin rutin nya bertukar-tukar .hehe

Alhamdulilah lah kan tak sangka masa begitu pantas pejam celik dah masuk tahun 2020 , yang tahun 2 ribu belas-belasan tu fah nak ucapkan selamat tinggal agar kenangan kita sentiasa di dalam ingatan hah gitewww ~ haha .

Semua orang mesti banyak  kenangan dan pelajaran atau kesilapan kita yang bertahun-tahun dulu sehingga sekarang , tapi takpa asal kan kita sentiasa bersyukur sebab kita masih lagi bernyawa kat dunia nyata untuk perbaiki apa yang patut walaupun tidak mudah tapi InshaAllah pasti dapat di permudahkan  Aminn Ya rabb . YEOROBUN HWAITING !!

Monday, 20 May 2019

Resepi COOKIES VANILLA CRUNCHY

Assalamualaikum/Hi ,

Siapa yang tak suka Cookies ala-ala famous amos kan ? kalau kita beli timbang saja dah berapa harga nya maklum la kan sedap sampai tak boleh nak berhenti . Hahaha ~

Senang cerita kita buat saja sendiri lebih jimat dan sedap sama macam famous amos tu .




Hah , fah pun dah buat dah memang sedap dan tak boleh stop makan senang pun senang sedap pun sedap , sampai kan abang fah minta satu balang hah kata nya sedap sama macam famous amos , maklum ler farourite pemanis mulut dia ni coklat * hantu coklat * . Hahaha ~

Okay lah , dah tak sabar ni rasa nya mari kita ke resepi nya .



✿ COOKIES VANILLA CRUNCHY✿ 





Bahan -  bahan :



  • Buttercup 250 gram
  • Gula Perang 100 gram
  • Gula Castor 70 gram
  • 1 Biji telur kuning
  • 1 Sudu Teh Esen Vanilla
  • Tepung Gandum 350 gram
  • 1/2 Sudu Teh Baking Powder
  •  1 Sudu Teh Soda Bikarbonat
  • Chocolate Chip 250 gram *  Fah pakai hershey semi sweet , brand lain pun boleh *

Cara - cara :

1. Massukan buttercup , gula perang dan gula castor pukul sampai kembang * pakai senduk kayu *

2. Selepas dah pukul sampai kembang , masukkan telur kuning bersama esen vanilla kacau sebati .

3. Masukkan tepung gandum , baking powder dan soda bikarbonat gaul rata . Massukan chocolate chip dan gaul sebati .

4. Masukkan peti ais seketika * Alah , sekejap saja tak akan tak boleh nak tunggu .. Hehehe *

5. tak tahu nak saiz kan cookies tu ? * pakai cubit/sudu/buah pengorek , Fah pakai 1/2 sudu teh saja * Letakkan dalam loyang .

6. Bakar selama 15 minit dengan suhu 160 C * Bergantung pada oven korang *




 Selamat mencuba ~



Saturday, 18 May 2019

Resepi BISKUT INTAN MALAM

Assalamualaikum/Hi ,

Okay lah , malam semalam fah dah buat biskut intan malam ini mesti orang dulu-dulu akan tahu biskut ini . Hui , rugi siapa tak tahu biskut ini sebab zaman sekarang ini di gelar kan biskut legend orang dulu-dulu pernah buat kalau tak percaya cuba cari kat google sebab dah jarang orang buat biskut ni maklum lah zaman sekarang macam-macam biskut modern yang sedang viral kan .


Kenapa nama nya intan malam ?? Hah , nak tahu sangat kan ni rupa nya 




Nampak tak ?? bila biskut ni bawah lampu nampak berkelip-kelip bagai kan kristal/manik/batu berlian dan pelbagai lagi .

So , tunggu apa lagi mari kita ke resepi nya ~
Oh ya , sebelum tu nak bagitahu sukatan resepi ni memang agak sukar sikit maklum lah zaman dulu takda timbang atau measure cup ni . So kita akan pakai gelas saja , kalau boleh gelas macam dalam gambar rajah ni ya .


✿ BISKUT INTAN MALAM

Bahan - bahan :

  •  Buttercup 250 gram , 1/2 gelas
  •  Tepung Ubi 2 Gelas * Diayak *
  •  Tepung Gandum 2 Gelas * Diayak *
  •  Gula Castor 1 Gelas
  •  2 Biji Telur Kuning
  •  2 Sudu Teh Esen Vanilla
  •  Gula Berwarna * warnakan gula dengan perwarna yang disukai *


Cara - cara :

1. Masukkan tepung ubi , tepung gandum dan gula castor gaul rata . * mixer/senduk kayu *

2. Ambik bekas lain masukkan buttercup dan telur pukul sebati , Massukan esen vanilla .


3. Masukkan bahan kering tadi ke dalam buttercup bersama telur , esen vanilla demi sedikit dan gaul sampai lembut .


4. Canaikan dan terap bentuk yang disukai dan taburkan gula berwarna di atas nya .


5. Bakar dengan suhu 180 C selama 15 minit atau sehingga keemasan .



Selamat mencuba ~

Thursday, 1 November 2018

Resepi BISKUT BUTTER SUSU

Assalamualaikum/Hi ,


WOo , dah lama juga tak update blog ini dulu rajin nak update sekarang dah macam malas sejak umur makin meningkat maklumlah kerja harian rutin sentiasa ada . Hehehe ~

Okay , back to the topic hari ini tetiba je craving benda yang manis macam cookies , tapi itulah masalah nya bila korang rasa malas nak keluar pergi kedai semata-mata nak beli biskut sahaja , tambah lagi kalau waktu tengah datang bulan...Hmm , kerat jari lah jawabnya .

Kebetulan dekat dalam peti ais rumah ini ada Buttercup dan esen vanilla lebih , so mula lah otak ini nak buat sesuatu , tangan ini gatal cari resepi yang mudah .

Hah !!  jumpa pun resepi nya mudah dan sedap walaupun tak buat lagi biskut HAhahaha ~ tapi takpalah kan mencuba dulu .



Nampak sedap kan ? Hihihi ~


Tadaaa !! Ini hasilan nya yang fah buat bila makan satu langsung tak boleh nak berhenti .



Ini resepi nya ~

BIKSUT BUTTER SUSU ✿



Bahan - bahan :



  •  Buttercup/Majerin  250 gram
  •  Gula Castor  129 gram
  •  Tepung Gandum 355 gram
  •  4 Biji Telur Kuning
  •  1 Sudu Besar Susu Pekat
  •  1/2  Sudu Teh Esen Vanila
  •  Coklat Rice



Cara - cara :



1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang .

2.
Campurkan kuning telur dan esen vanila , susu pekat pukul adunan sehingga sebati .


3.
Masukkan tepung Gandum dan uli sedikit sehingga tidak melekat di jari . * kalau masih melekat tambah tepung gandum sikit * 

4.
Gunakan acuan semperit dahlia untuk menekan adunan ke dalam loyang pembakar . * kalau rasa susah sangat pakai acuan biskut pelbagai bentuk itu pun takpa sebab fah pun pakai acuan bentuk bunga je *


5. Bakar di dalam oven pada suhu 170 darjah selama 15 minit sehingga warna keemasan .

Okay , itu sahaja resepi nya senang kan ? Kalau perasan lah sebenar nya resepi ini lebih kurang sama macam semperit atau dahlia tapi bahan nya ada tepung jangung dan kastard kan ? yang ni hanya pakai tepung gandum je tanpa guna tepung jangung atau tepung kastard . Mudah dan sedap .



Selamat Mencuba ~